Cerita Dari Dinding

Ikuti perjalanan kisah seorang lelaki separuh usia bernama Jalil yang mempunyai impian besar untuk membahagiakan isteri dan tiga orang anaknya. Dia menjanjikan segala kesenangan untuk anak-anak dan isterinya, Rohana. Namun sifat panas baran dan suka membesarkan diri kerap menggagalkan apa jua usaha malah pelbagai padah menimpa. Dibintangi pelakon hebat Wan Hanafi Su dan Aida Khalida, selain turut dibantu oleh Aedy Ashraff, Wan Raja, Sherrie Merlis, Raja Norbaizura dan Lina Banks.